Maggi Kari – Curry festival

By | February 11, 2015

Maggi Kari – Curry festival. Seperti tajuknya, ianya berkisar tentang mee maggi. Kawan baik kepada mee sedap.¬†Menurut firasat aku yang biasanya tak pernah nak betul, memang mustahil korang tak tahu pasal maggi ni. Maggi ni sangat popular dikalangan pelajar sekolah, dan yang telah bekerja, dan sangat dicari-cari masa tengah bulan dan masa tengah pokai. Untuk “survival”.

Tapi memang tu lah realitinya. Kira maggi ni la teman setia di kala susah senang. Bak kata pepatah, air dicincang takkan putus. Takde kaitan sebenarnya pepatah tu dengan cerita kali ni. Tapi takpe, asal kita saling memahami antara satu sama lain. Wait, what?

Korang boleh membaca pengalaman blogger Kak Elly berada di Maggi Kari – Curry Festival sendiri (link pada bahagian rujukan). Sangat menarik, siap ada pertandingan memasak. Ya, masak maggi ada macam-macam cara. Ada yang suka buatnya berkuah, tak nak kuah ala-ala mee goreng, ada yang siap tambah telur, bebola ikan sayur, keranglah, nasib badak tak dimasukkan sekali. Kalau masuk jugak, tak tahulah. Hahaha

P/s: Terkenang masakan maggi bapa aku buat.. Sedap hingga licin pinggan, tapi tu tak bermaksud pinggannya sekali aku telan.

Rujukan:

  1. http://ellyinwonderland.blogspot.com/2015/02/rahsia-rempah-maggi-kari.htmll
  2. Iklan nuffnang yang terdapat dalam blog ini. ;D

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *