Cara perbaharui / renew domain dan hosting blog

By | June 1, 2012

Syukur sebab baru je selesai renew domain + hosting domain saharol.com ni. Selamat tinggal RM100. I’ll miss u. Huhu. Rm100 tu sewa hosting yang aku baru bayar sebentar tadi. Domain pulak percuma. Kira satu pakej la.

Bagi korang yang mungkin baru pertama kali menyewa hosting, mungkin nak tahu cara perbaharui domain dan hosting blog. Masa yang diambil tak lama, ikut waktu korang buat pembayaran la. Waktu aku membuat pembayaran memang waktu bekerja, jadi dalam beberapa minit je dah selesai. Caranya senang je,

  1. Sebelum domain + hosting korang luput, dalam beberapa hari atau sebulan sebelum tarikh luput, pihak penyedia domain / hosting akan menghantar satu invoice ke email korang. Di dalamnya dinyatakan berapa jumlah yang perlu dibayar.
  2. Apa yang korang perlu buat ialah buka email tu, dan buat pembayaran terus ke pihak domain/hosting. Di dalam email tu, biasanya disertakan sekali kaedah pembayaran / no. akaun bank pihak domain/hosting.
  3. Selepas korang buat pembayaran, hantar email ke pihak domain/hosting disertakan sekali bukti pembayaran.
  4. Korang tunggu pihak domain/hosting membalas email dan nyatakan domain/hosting korang dah diperbaharui. Dan.. itu je. ;p

Ni contoh invoice yang aku terima.

contoh-invoice-domain-hosting-saharoldotcom

P/s: Sekarang lega sikit rasanya, dah selesai satu tugas penting. Lepas ni, nak blogwalking dan kemaskini lagi blog ni. Banyak lagi benda nak ubahsuai. Oh ya, aku tak pasti, jadi nak tanya korang. Teruk sangat ke loading blog ni? Khuatir lama sangat loading, mengamuk korang kang. ;p

Yang benar,

Admin

8 thoughts on “Cara perbaharui / renew domain dan hosting blog

    1. saharol Post author

      @dzuandiey, Entahlah, camana boleh laju. Magik kot. Hahaha. Murah jugak tu, nanti nak tengok juga apa kelebihan & kekurangannya. Tapi, setakat ni saya guna net.kl nyer server, memang ok je. Tiada masalah. Kalau ada masalah pun cepat je diorang tolong selesaikan. ;p

      Reply
  1. dzuandiey

    saya guna serverfreak….RM80 setahun…hurmm…agak berbaloi lah untuk beginner..hehe.. 🙂

    Reply
  2. abu

    aku pun dah nak habis tempoh domain ni.. nak renew.. domain je la.. hosting aku tak de.. masih pakai blogspot..

    nak tanya.. kalau kita nak tukar hosting, entry2 lama kita still ada lagi tak?.. dia tak remove kan?.. berapa harga sebulan..

    thanks
    Abu

    Reply
    1. saharol Post author

      @abu, Kalau nak tukar hosting, pastikan buat backup terlebih dahulu supaya entry2 lama tak hilang. Caranya senang, gi bahagian setting > Other. Kemudian klik link export blog. Kemudian mula download. Simpan dahulu data2 tu dalam pc/laptop. Kemudian, sewa hosting. Harga itu bergantung kepada siapa penyedia & pakej apa yang Bro ambil. Lain2 pakej, kebiasaannya yang membezakannya ialah fungsi kurang/lebih, saiz hosting,dll.

      Bila dah siap setting domain & hosting, upload je data backup blog lama yang guna host blogspot, dan entry tu akan ada semula macam biasa. Nanti saya email bro link affiliate hosting yang saya gunakan + offer bonus kalau bro sewa melalui link tu.

      Lagi satu, sebelum Bro nak tukar hosting, pastikan sekurang2nya ada asas wordpress. Sebab guna wordpress ni agak complicated berbanding blogspot. Kalau bro berminat, boleh dapatkan Pakej lengkap blogger. Jangan risau tentang kualitinya, sebab saya sendiri pernah beli & gunakan dalam blog ni. Banyak bonus yang ditawarkan dalam pakej tu, selain belajar blogging, bro boleh jugak belajar asas html, cara bina easyautores & kumpul senarai email (jimat, tak perlu sewa autoresponder bayar mahal2 setiap bulan), belajar photoshop & bina laman jualan secara profesional.

      Memang lengkap. Tutorial yang disediakan cukup mudah nak faham, sebab bahasa yang digunakan memang santai dalam bahasa malaysia. Maaflah bro, banyak sangat promosi. Bukan untuk suka2, tapi pakej tu memang bagus.Cuma harga dia je mahal sedikit. Anggap je la sebagai pelaburan. Tapi, itu pun kalau bro rasa memerlukan & ada bajet. Kalau takde, cari je kat google, cuma lagi susah. Sebab selalunya lain kita carik, lain yang kita jumpa. Bro boleh jugak request tutorial berkaitan wordpress ni. Nanti saya buatkan. Tu je cara paling jimat. Tapi, kena tunggu lah sampai siap. Ngeeee.. ;p

      P/s: Boleh hubungi saya untuk dapatkan bonus extra bila beli pakej lengkap blogger tu.

      Reply
  3. Pingback: Cara perbaharui / renew domain dan hosting blog

  4. eddy

    Berdesup mcm peluru bro…hehehe kalo jomhosting dia akan hantar sebulan notis gak ker..

    Reply
    1. saharol Post author

      @eddy, Rasanya sama je sebulan notis. Cuba google, tengok sapa pernah guna servis Jomhosting, saya tak pernah guna lak. ;p

      Reply

Leave a Reply to dzuandiey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *