Pernah terfikir nak belajar dialek Sarawak?

By | April 10, 2015

Dialek atau bahasa Sarawak ni ada sedikit kelainan berbanding bahasa di Semenanjung M’sia. Sebabnya, di Sarawak terdapat pelbagai etnik, bangsa dan bahasa. Dalam erti kata lain, ada sesetengah perkataan tak digunakan di sebahagian tempat di Sarawak, contohnya:

  • kamek – saya
  • kitak – awak

Kedua-dua perkataan di atas biasanya digunakan di kawasan kuching, miri, sri aman tetapi tidak digunapakai di tempat seperti Lawas, Limbang.¬†Ambil contoh di Limbang, dipengaruhi bahasa Kedayan / Brunei. Lebih ganjil bunyinya apabila perkataan “kita” kalau ikut maksud sebenar bermaksud lebih dari seorang, tetapi dalam bahasa Kedayan, perkataan tersebut juga digunakan untuk kata ganti nama “awak”.

Contoh ayat;

“Pak, kita kan ke mana?” (slang kedayan) = Ayah, awak nak ke mana?

“Pak, kitak mok gi ciney?”(slang dialek Sarawak)

Kesimpulannya, sebab tu la masa aku umur lingkungan 7 tahun ikut keluarga berpindah dari Kuching ke Limbang, rasa pergi ke negara luar je. Apa pun tak faham. Pinggan jadi kudut, plastik dipanggil kutak. APTB – Apa pun tak boleh. Tonton video di atas untuk penerangan serba sedikit asas bahasa Sarawak.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *