Bagi yang dah dapat tu untuk tahun ni 2014, aku ucapkan tahniah. Jangan boros berbelanja. Aku sendiri pun dah dapat, walaupun mula-mula ingatkan tak dapat sebab lambat sedikit masuk. Dengar-dengar orang yang menggunakan akaun bank Islam terlebih dahulu menerimanya. Tapi aku lak guna cimb. Bagus gak tahun ni terus bank-in je. Ada terfikir gak ni nak gunakannya untuk beli ebook bagai. Setakat ni belum jumpa offer yang bagus dengan harga yang berpatutan dan sesuai mengikut kesanggupan aku.
Jadi bagi korang yang ada produk, perkhidmatan tak kisahlah walaupun setakat affiliate yang nak ditawarkan bolehlah kongsikan di ruangan komen. Kalau betul-betul menarik insyaallah aku beli kot. Kalau aku tak beli pun, mungkin orang lain yang singgah kat sini membelinya. Who knows? *Tiba2 speaking*
P/s: Kalau dah promosikan kat ruang komen tu, sebaiknya terangkanlah juga kelebihan dan kekurangan produk. Janganlah setakat tulis “Ni haa produk bagus, beli la.” atau “Dapatkan income sehingga RM1k dalam masa 3 hari dari sekarang!” Macam apa je. Ayat tak habis, sangkut cam tu je. Selalu sangat tengok offer macam tu. Takde penerangan lengkap pasal apa yang sebenarnya dijual.
Cubalah direct je, kalau ajar google adsense ke cpa ke blogging ke, terus bagi tau. Sebab aku tak nak kena tipu, beli produk yang kosong takde isi. Setakat bla.bla.bla. dan itu saje. Wait, what!!!??? Lagipun, bagi aku offer yang macam tu menghilangkan mood nak membeli. Bagi yang tak faham maksud aku, cuba ikuti perbualan si penjual dan pembeli.
Di suatu hari yang kurang hening, seorang penjual cuba menjual produk yang ditutupi dengan beg plastik hitam. Tak nampak isinya. Maka, tergerak hati seorang bakal pelanggan untuk tahu apa benda yang dijual tu. Lalu terjadilah perbualan di antara kedua makhluk tuhan ni.
Bakal pelanggan : Jual apa ni bro?
Penjual : Barang ni bagus bro, kalau pakai boleh bantu jimatkan perbelanjaan bulanan bro sampai 500 hinggit sebulan.
Bakal pelanggan : Ye la, apa bendanya?
Penjual : Barang ni bro rahsia, lain dari yang lain. Belum ada yang menjualnya selain saya. Bukan tu saja bro, ramai yang dah cuba dan semuanya berpuas hati. Tengok ada bukti lagi. (sambil menunjukkan rakaman video testimoni pelanggan).
Bakal pelanggan : *terus blah dan malas lagi nak cakap apa*.
Penjual : Eh bro, nak kemana tu ? Produk ni.. bla.bla.bla. offer hari ni harga Rm99, esok RM299. Rugi bro kalau tak beli sekarang! Bro! Bro!
P/s: Ni cerita aku reka sendiri, selalu sangat kena offer macam ni. Kalau korang kena macam ni, nak ke beli? Kalau aku konfem tak! Walaupun orang tu aku kenal. ;D
Yang benar,
Admin