Cara cashout Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

By | March 12, 2013

Pasal BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) ni aku pernah cerita dah cara mohon secara online sebelum ni. Aku dah mohon, dan permohonan aku dah diluluskan termasuk kawan aku. Kalau korang pun dah dapat, perkara pertama yang korang akan terima ialah surat cinta BR1M 2.0 yang mana kat dalamnya ada sepucuk kertas menyatakan permohonan korang diluluskan untuk menerima Rm250 / Rm500.

br1m-bantuanrakyat-1-malaysia-2013

Kemudian, korang kena pergi ambil baucar BR1M dengan cara pergi ke tempat/masa/hari yang dimaklumkan *macam kat surat aku tuh, depan2 sekali dia bagitahu supaya ambil kat Dewan Suarah Limbang*. Dan memandangkan aku tak dapat nak pergi ambil sendiri baucar tu, bapak aku gak tolong ambilkan. Tapi kena bawa fotostat IC penerima BR1M & sijil lahirnya, IC orang yang tolong ambilkan baucar.

Pastu, kalau nak cash-out, kena bawa baucar tu ke mana2 kaunter bank terpilih iaitu BSN, Maybank, CIMB, RHB Bank & Public Bank kalau tak silap aku la. Jangan lupa IC korang la. Aku baru je cash-out BR1M aku kat Maybank. Lepas jalan2 dengan kakak aku yang mai dari Limbang, sebelum balik ke bilik sewa singgah jap ke sana. Ambil no.giliran.

Nasib aku kira baik la pasal tak ramai orang masa tu. Cun no.giliran aku dipanggil dalam masa tak sampai 1 minit. Datang pi kaunter, aku bagitahu la nak cash-out BR1M. Kerani yang bertugas minta aku berikan IC & Baucar tu. Kat baucar tu aku disuruh isi nama & no. IC. Pastu ambil cap jari kanan & here you go Rm250 cash. Tak sampai 3 minit, selesai. Aku pun ucap la terima kasih & berambus dari situ. Ganas sekali ayat. Tapi, sekali je la.

Bagi korang yang nak semak status bantuan rakyat 1 malaysia (BR1M), kalau tak dapat surat macam aku, bolehlah menghubungi Talian Hotline Kementerian Kewangan Malaysia, 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.

Ataupun, email je ke belanjawan2012@treasury.gov.my Bagi korang yang permohonannya ditolak/gagal, bolehlah cuba memohon lagi secara online. sila rujuk balik artikel aku yang lepas. Ada kat atas tu linknya.

P/s: Sejak aku kerja depan kaunter nih, aku selalu cuba nak tengok cara kerani2 lain layan pelanggan. Sekali dua kala cuma memahami hati & perasaan sebagai pelanggan. Cehhh.. Ayat bunga2. Adakah aku mat bunga? Tapi yang pasti tak nak haku jadi mat bunga taik ayam. Saja nak mencarut.

Yang benar,

Admin

One thought on “Cara cashout Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *