Author Archive
Errr.. apa itu ebuku?
Perkongsian kali ini dilakukan atas permintaan ramai oleh seorang rakan saya. Dia ingin tahu lebih lanjut tentang ebook/ebuku. Semoga dengan adanya artikel ini boleh memudahkan anda memahami hakikat sebenar apa itu ebook,dll.
Buat duit dengan nuffnang, setahun 16 buffering earning!
Buat duit dengan nuffnang, setahun 16 buffering earning!
Apa yang bakal saya kongsikan kali ini ialah sesuatu yang mungkin berguna buat anda. Salah satu cara bagaimana anda dapat lebih banyak pendapatan melalui nuffnang ialah dengan adanya buffering earning! Saya tidak akan menerangkan apa itu buffering earning, anda boleh membacanya sendiri di blog nuffnang atau cari di google.
Lihat contoh buffering earning yang saya perolehi dari satu blog sahaja selama setahun!

16 buffering earning dalam setahun.. Tetapi, saya tahu jumlah pendapatan yang saya perolehi sangat sedikit melaluinya kerana jumlah traffik terlalu rendah namun sekurang-kurangnya saya tetap mendapat sedikit insentif tanpa pelawat perlu mengklik iklan nuffnang yang ada di blog tersebut. Kalau ada juga yang mengkliknya, bergandalah jumlah pendapatan yang saya terima.
Jadi, apa rahsia di sebaliknya? Mengikut pendapat saya sendiri, berkemungkinan disebabkan kategori pelawat yang datang ke blog tersebut. Blog tersebut dilawati oleh ratusan pelajar Twintech college sarawak setiap bulan dan sebahagian lagi orang luar yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Kolej tersebut.
Jika dilihat dari segi umur, pelawat dianggar berumur 18-20+ tahun. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan remaja. Mengapa Advertiser berminat sangat dengan golongan ini? Cuba anda lihat iklan-iklan nuffnang. Semuanya berkaitan dengan..
- Top up (Maxis, Digi, Celcom)
- Handphone (Blueberry, Ipod)
- Tiket wayang
- Potongan harga (Shopping)
- Dan banyak lagi…
Dan fikirkan, siapa yang selalunya keluarkan duit untuk mendapatkan perkara di atas? Orang tua? Tak! Orang mudalah. Remaja.. Jarang kita dengar orang tua banyak mengeluarkan duit untuk beli top up kecuali untuk digunakan dalam perniagaan dll, selalukah anda jumpa orang tua menggunakan handphone canggih? Ada tak datuk2 dan nenek2 tengok wayang? Selalu tak tengok orang tua pergi ke pusat beli belah? Biasanya siapa?
Remaja juga..
Saya, anda, adik2 anda, kakak2, abang2 di luar sana.. Kitalah pelanggan yang dicari! Faham tak apa yang cuba saya sampaikan di sini? Jika anda inginkan “earning nuffang” yang lebih banyak, usahakan untuk mendapatkan pelawat yang terdiri daripada golongan remaja. Siapa tahu, buffering earning anda akan lebih banyak daripada saya dalam masa setahun? Mungkin 2-3 kali ganda? : )
P/s: Sekadar pendapat dan tiada jaminan tips buat duit dengan nuffnang kali ini betul2 dapat membantu anda. Tapi saya tak rasa anda akan rugi kalau mencubanya.. Rugi ke?
Buat duit dengan wangtunai.com (Review)
Buat duit dengan wangtunai.com (Review)
Pernahkah anda mendengar tentang wangtunai dot com? Laman web tersebut dimiliki oleh Raja Kamil (Internet Marketer) yang tidak asing lagi di dunia internet ini. Persoalannya, betulkah boleh buat duit dengan wangtunai.com?
Sudah tentu! Lihat sendiri bukti pembayaran yang saya terima dari wangtunai.com

Email yang saya terima:

Bukti sudah ada, tetapi bagaimana caranya untuk buat duit dengan wangtunai.com? Caranya mudah!
- Mula-mula, daftarkan diri anda di sini!
- Kemudian, ikuti arahan selanjutnya! Cara pembayaran, kerja yang perlu dilakukan dan segala maklumat berkaitan akan diberikan melalui e-mail. Bila ada kerja baru, cepat-cepat laksanakan sebelum orang lain rembat. Hehe..
Contoh kerja,

Ini pula contoh komen yang saya buat!

Dan yang paling saya tak sangka…

Pasal itulah dari Rm1 jadi Rm1.50!
Terima kasih daun keladi Bro RK! : )
P/s: Apa lagi yang ditunggu? Daftar cepat-cepat, bila ada kerja diberi, siapkan secepatnya! Lagi cepat kerja disiapkan, insyaallah lagi cepatlah pembayaran dibuat! Ingat, kalau lambat daftar, rugi. Siapa nak bagi duit semudah untuk kerja yang semudah ini? Fikir-fikirkan!